Saturday, December 13, 2008

Ramah Mesra


Program Ramah Mesra GPTD kelantan Bersama YDP Sdr Jufitri

Pada 5/12/2008 telah didakan satu jamuan Ramah-mesra bersama YDP Sdr Jufitri,bertempat Sekteriat Abim Kelantan,Tanjong Mas.Turut hadir bersama beliau ialah Sdr Najmuddin(penyelaras GPTD) dan Sdr hakim.Program Ramah-mesra ini juga turut dihadiri oleh Sdr Faizulafzan selaku Ketua penaja GPTD kelantan,walaupun terdapat sedikit kelewatan daripada beliau kerana menghadapi peperiksaan.

Program Ramah Mesra ini juga dihadiri oleh Sdr Farid selaku P/A faizulafzan dan ahli-ahli GPTD cosmopoint.Program ini bermula pada 3.00 ptg,dan perancangan awalnya ingin mengumpul semua ahli GPTD dan juga sahabat yang pernah menghadiri program kok Lanas -TOT 1-


Program ini disempurnakan oleh Sdr Jufitri dengan memberi penekanan dan pemahaman asas tentang GPTD,akhirnya GPTD cosmopoint diberi satu tugas ke pulau kosumoi,thailand.










Disamping itu Pihak GPTD kelantan diperkenalkan dengan Sdr Che Wan merupakan ahli Global peace Mision yang akan membantu GPTD cosmopoint mengenali pulau kosumoi.





Program juga disusuli dengan Penganugerahan sijil untu Kursus blog yang didakan pada 19 julai 2008,bertempat di Sekteriat Abim kelantan








Program diakhiri dengan kata-kata hikmah daripada Sdr faizulafzan selaku ketua penaja GPTD kelantan.









Thursday, August 14, 2008

BICARA SAHABAT













Bicara sahabat
Selamat datang ke Laman blog,GPTD kelantan yang diilhamkan oleh ahli-ahli GPTD kelantan dengan nasihat dan dorongan bersama GPTD PUSAT.Diharapkan selepas ini segala cadangan dan "imbuhan yang bernas"dapat dilontarkan supaya kekuatan untuk meneruskan perjuangan dapat dirasai bersama.Kami di GPTD kelantan sentiasa mendorong dan memberikan kerjasama.Salam muhibbah&salam perkenalan!!!!!
"Man jadda Wajada"

Wednesday, August 13, 2008

Monday, August 11, 2008

TOT GPTD KELANTAN(SIRI 1) KOK LANAS








SESI DEBAT


BENGKEL LATIHAN & PENGURUSAN ORGANISASI (SIRI 1)

Program “Training of Trainers (T.O.T.): Bengkel Ahli & Pengurusan Organisasi (Siri 1)” telah diadakan di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli Islamic Outreach ABIM (I.O.A.) Kok Lanas, Ketereh, Kelantan Darul Naim pada 1 hingga 2 Ogos 2008 bersamaan dengan 29 hingga 30 Rejab 1424H.

Program ini merupakan anjuran bersama Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Kelantan dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan.


Yang Di-Pertua ABIM Kelantan, Ust. Mohd Faisal Abdullah telah hadir bagi meninjau perjalanan program pada hari ke-2. Turut hadir bagi meninjau perjalanan program ialah En. Sulaiman (hari pertama) dan Pn. Latifah (hari ke-2) yang merupakan pensyarah di Kolej Teknologi Cosmopoint Cawangan Kota Bharu, Kelantan.


3 orang jurulatih bagi program ini ialah Sdr. Najmuddin Mohd Nawi (Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Penyelaras GPTD), Sdr. Mohd. Faizul Afzan Mamat (Penolong Setiausaha ABIM Kelantan merangkap Pengerusi Penaja GPTD Kelantan), dan Sdri. Nik Fatihah Nik Mohammad (Setiausaha III GPTD).


Perjalanan Program


Hari Pertama (Jumaat, 1 Ogos 2008 bersamaan dengan 29 Rejab 1429H)


Para peserta telah tiba di tempat program seawal jam 3:50 petang pada hari pertama. Pendaftaran dibuka pada jam 5:30 petang dan ditutup pada jam 6:30 petang hari yang sama.


27 orang peserta terdiri daripada para pelajar Kolej Teknologi Cosmpoint Cawangan Kota Bharu, Institut Teknologi Darul Naim (ITD), Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, dan Maahad Muhammadi Tumpat telah mendaftarkan diri.


Para peserta yang telah berdaftar dibawa ke bilik penginapan masing-masing. Peserta lelaki dan perempuan ditempatkan di bangunan asrama yang berasingan.


Sekitar jam 6:30 petang, para peserta diberikan taklimat program oleh Sdr. Syed Mohd Farid selaku urus setia program. Para peserta mula menikmati makan malam sekitar jam 6:45 malam. Peserta kembali berkumpul di dewan untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah pada jam 7:25 malam.


Selesai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, para peserta dijadualkan untuk mengikuti Kuliyyah Maghrib yang disampaikan oleh Sdr. Faizul Afzan. Walau bagaimanapun, sistem siaraya yang secara tiba-tiba tergendala telah menyebabkan perubahan jadual. Para peserta mengalunkan zikir al-Ma’thurat secara beramai-ramai diketuai oleh Sdr. Afzan. Pembentangan yang dijadualkan pada sesi Kuliyyah Maghrib tela ditunda ke Bengkel 1 selepas Solat Isyak.


Bengkel 1 dimulakan sekitar jam 9:25 malam berikutan penyediaan alternatif kepada sistem siaraya sedia ada yang telah rosak.


Sdr. Syed Mohd Faid terlebih dahulu memecahkan peserta kepada 3 kumpulan. Pembentangan dimulai dengan Sdr. Afzan menerangkan ciri-ciri ukhuwah dalam taaruf. Beliau turut menggunakan multimedia di dalam pembentangannya.


Sdr. Najmuddin meneruskan sesi dengan mengendalikan modul ‘Taaruf’ yang bertujuan memastikan para peserta memahami tujuan kehidupan di dunia serta mencintai Rasul. Bagi sesi ini, beliau turut menggunakan persembahan video dan multimedia.


Sesi ini tamat lebih lewat daripada yang dijadualkan. Berikutan itu, selepas minum malam, para peserta dibenarkan untuk tidur.


Hari Kedua (Sabtu, 1 Ogos 2008 bersamaan dengan 30 Rejab 1429H)


Para peserta dijadual untuk memulakan hari ke-2 dengan mengerjakan solat-solat sunat di malam hari (qiyamullail). Walau bagaimanapun, kebanyakan para peserta hanya bangun sebelum solat Subuh, dipercayai berpunca daripada tidur lewat.


Kesemua peserta menunaikan solat Subuh secara berjemaah, kemudian diikuti dengan Kuliyyah Subuh yang disampaikan oleh Sdr. Mujahid (sukarelawan I.O.A. Kelantan) dengan berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjadi sukarelawan. Sdr. Faizul Afzan memeriahkan lagi sesi pada pagi itu dengan menayangkan video pendakwah cilik dari Indonesia yang sangat mengagumkan.


Sekitar jam 7:15 pagi, para peserta kembali berkumpul untuk menjalani sesi riadah. Sesi ini dikendalikan oleh Sdr. Faizul Afzan dalam bentuk ala senamrobik. Peserta kemudiannya menikmati minum pagi serta bersiap-siap untuk sesi seterusnya.


Jam 9:00 pagi, para peserta bersedia mengikuti sesi seterusnya. Bengkel ke-2 diteruskan dengan pembentangan oleh Sdr. Najmuddin bertemakan ‘Situasi Semasa dan Cabaran Umat Islam’. Beliau membentangkan berkenaan cabaran semasa yang dihadapi umat Islam akibat peristiwa Serangan 11 September 2001.


Para peserta kemudian dipecahkan pula kepada 2 kumpulan untuk persediaan bagi sesi debat dalam Bengkel 3 yang bertajuk ‘Gejala Sosial di Kalangan Belia Melayu: Salah Ibu Bapa Atau Bukan?’


Sesi kemudian berhenti rehat pada jam 10:40 pagi.


Bengkel 3 yang bertemakan Peranan Kita dimulai dengan sesi debat. Sesi ini telah dpengerusikan oleh Noor Syazwan, salah seorang peserta. Setiap kumpulan telah menghantar 3 orang wakil bagi sesi ini. Sesi ini berjalan dengan baik.


Sesi diteruskan dengan pembentangan oleh Sdr. Najmuddin berkaitan dengan tajuk. Di penghujung sesi ini, para peserta diminta untuk mengulas kefahaman yang diperolehi sepanjang Bengkel 2 dan Bengkel 3.


Sesi berhenti rehat sekitar jam 12:45 tengah hari untuk makan tengah hari, solat Zuhur berjemaah dan persiapan diri. Para peserta juga digalakkan terus berkemas dan membawa beg pakaianke dewan bagi memudahkan aturcara.


Sesi kembali disambung pada jam 2:30 petang, berikutan cuaca yang terlalu panas.


Bengkel 4 yang bertemakan Pelan Tindakan, dimulai dengan persembahan video berkenaan ABIM Negeri Kelantan. Sesi diteruskan lagi persembahan multimedia berkenan dengan salah seorang sukarelawan GPTD, Sdr. Noryzal Zainal Abidin yang berkhidmat selama 3 tahun di Australia.


Sdr. Najmuddin kemudian menerangkan mengenai GPTD, objektif dan gerak kerjanya. Di akhir pembentangan beliau, semua peserta telah menyatakan komitmen untuk terus bersama-sama GPTD Kelantan.


Maka, satu jawatankuasa telah dilantik bagi merangka menjayakan tindakan seterusnya untuk para peserta bengkel kali ini. Setiap kolej telah melantik 2 orang wakil bagi menganggotai jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa tersebut akan menggerakkan satu program lasak sebagai susulan bagi bengkel ini.


Sesi ini ditamatkan dengan rumusan bengkel serta ucapan penghargaan oleh Sdr. Najmuddin mewakili ketiga-tiga jurulatih.


Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Di-Pertua ABIM Kelantan, Ust. Ahmad Tarmizi Mat Yussof. Sdr. Najmuddin kemudian telah menyampaikan cenderamata kepada Ust. Tarmizi. Para jurulatih turut menerima cenderamata dari pihak urus setia. Sdr. Wan Yusuf telah menerima sijil penyertaan sebagai mewakili keseluruhan peserta. Dan sesi bergambar.